Wednesday, May 18, 2011

Program Sebulan Sekampit Beras

Alhamdulillah ....program Sebulan Sekampit Beras telah masuk tahun ke 2. Program ini telah dikelolakan  dibawah Lajnah Kebajikan Pas Caw Kg Matahari Naik yg diketuai oleh Tn hj Muksin ( Uban) dan rakan2 yang lain.
Objektif  yg pertama program yg murni ini ialah untuk membantu mengurangkan beban fakir miskin disekitar Tlk Kumbar. Fakir miskin terdiri drp Ibu Tunggal, Orang tua tua, Orang yg berpendapatan yg amat rendah, orang yg sakit dan menghadapi masalah keewangan yg serius.
Objektif  yg kedua program yg murni ini ialah untuk mengeratkan silatulrahhim, memperkenalkan dan mendekati PAS dikalangan masyarakat setempat
Objektif  yg ketiga program yg murni ini untuk merialisasikan slogan "Negara Yg Berkebajikan"

Dengan sumbangan ikhlas drp orang ramai dapatlah sumbangan diberikan kepada seramai 40 biji buah rumah  pada setiap bulan. Maklum balas drp penerima sumbangan, mereka  melahirkan syukur kepad Alllah SWT dan berterima kasih kepada PAS Caw Kg Matahari Naik kerana sebelum ini mereka tidak pernah menerima bantuan atau sumbangan berterusan yang sedemikian.

Oleh yang demikian sumbangan ikhlas drp orang ramai masih di perlukan untuk meneruskan kesinambungan program tersebut. Sumbangan iklas boleh disalurkan kepada Tn Hj Muksin ( 016 4120994 - Ketua Lajnah Kebajikan) dan Tn hj Amin (012 5891196- Ketua Caw Kg Matahari Naik)

Pihak PAS Caw Kg Matahari Naik mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penyelaras DUN Bayan Lepas iaitu Cikgu Asnah kerana sudi bersama sama Pas Caw Khg Matahari naik  meluangkan masa dan tenaga memasuki ceruk ceruk kampung di sekitar Tlk kumbar untuk menyampaikan sumbangan beras.



                          Ibu tunggal anak 3 terpaksa meninggalkan anak anak kecil bersedirian dirumah  kerana bertugas shift malam di salah sebuah kilang di Bayan Baru.


                          Bersama ibu tunggal yang baru kematian suami


                      Menziarahi salah seorang warga emas yg lumpuh dan mengharap simpati untuk meneruskan kehidupan


                        Bertanya khabar nenek warga emas yang tinggal bersendirian


                    Kegembiraan terpancar di wajah setelah menerima sekampit beras drp Cikgu Asnah

             Pemimpin berjiwa rakyat sanggup meredah kampung untuk menyampaikan sumbangan


                    Meninjau keaadan dalam rumah yang agak usang  untuk diberi bantuan sewajarnya


                Salah satu rumah penerima sumbangan yang agak usang dan kurang selamat

Monday, May 16, 2011

Aktiviti menggantikan Signboard PAS Caw Matahari Naik

Gotong royong menggantikan singboard



                                                Sebahagian drp ahli2 PAS caw yg terlibat


                                                     Apamacam ....cantik tak?

Sunday, May 15, 2011

Ceramah Umum15/5/2011

Alhamdulillah kerana ceramah umum yg dianjurkan oleh PAS caw kg matahari naik telah berjalan dengan lancar dan aman serta dimeriahi degan kedatangan oleh YB Dr Ust Mujahid Yusuf Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar), Ybhg CheguBard ( Ketua PKR Cabang Rembau), Ust Fauzi (YDP PAS Kaw Balik Pulau) dan Cikgu Asnah ( Penyelaras DUN Bayan Lepas) dan muslimin dan muslimat.

Terima kasih buat semua ahli PAS caw kg matahari naik,Pas Kaw Balik Pulau, Jab. Amal dan pendokong2 parti yg bertungkus lumus dan begitu komited untuk menjayakan program tersebut.







          Para pertugas bergotong royong memasang bendera PAS utk persediaan program ceramah.



Sdr Hamid sedang menguji sistem pembesar suara



                                 Para Pertugas berehat seketika setelah penat bergotong royong



Sdr Azrul bertugas dengan bergitu cemerlang mempengerusikan Program Ceramah


Saf saf kepimpinan yg hadir


Ust Fauzi (YDP Kaw Pas Balik Pulau)  memberi ceramah mengenai isu isu yg terdpat Dikawasan Balik Pulau dan DUN bayan lepas.

          YB Dr Ust Mujahid Yusuf Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar) bersemangat ketika memberi ceramah

      Ybhg CheguBard ( Ketua PKR Cabang Rembau NS) sedang menyampaikan maklumat isu isu terkini


Ribuan hadirin  mendengar dgn kusyuk isu isu yg disampaikan dan tidak berganjak sehingga selesai ceramah.


 Para hadiran tidak melepaskan peluang mangambil tandatangan kenangan daripada CheguBard




Rakyat boleh jatuhkan saya dengan izin Allah,bukan Umno- Bahagian 1 & 2



Friday, May 13, 2011

CERAMAH- ISU ISU TERKINI


YB Dr Mujahid Yusof Ar-Rawa 
YB. DR. UST MUJAHID YUSUF RAWA

AHLI PARLIMENT PARIT BUNTAR



YBHG CHEGUBARD
KETUA PKR CABANG REMBAU

15/5/2011
9.30 MALAM
DATARAN PAS TELUK KUMBAR


SEMUA DI JEMPUT HADIR

ANJURAN PAS KG MATAHARI NAIK TELUK KUMBAR
KULIAH HARAKI

                  UST TAJUDDIN

                 21/5/2011 (selepas solat maghrib)

                PASTI DARUL ULUM TELUK KUMBAR

                PARA PEJUANG ISLAM WAJIB HADIR 

               "Runtuhkan Jahiliyah Tegakkan Islam"

Wednesday, May 11, 2011

PAS: Harga gula naik, PERMATA dapat RM111j

PAS berpendapat tindakan kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam, sebagai lambang kegagalan Barisan Nasional (BN).

pas muktamar 130610 idris ahmad"Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen)," kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.

Alasan daripada kerajaan, tegasnya, ialah ia akan menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta setahun apabila gula dinaikkan 20 sen.

"Apakah kerajaan BN tidak ada jalan lain untuk menguruskan kewangan negara.

"Nampaknya pemimpin negara jika tidak ada wang, jalan keluarnya dengan menyusahkan rakyat seperti saman ekor, menaikan minyak petrol, naik harga gula, naik harga tol," tegas Idris dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, PAS hairan kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup memberi peruntukan RM111 juta untuk 2011 kepada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang dipengerusikan oleh Datin Rosmah.

azlan"Apa lebih PERMATA, hanya setaraf dengan pasukan kompang sahaja, tetapi memperolehi peruntukan begitu banyak hampir dengan pelupusan subsidi gula RM116.6 juta.

"Sedangkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta sahaja," tambahnya.

Beliau menyifatkan sebagai dangkal alasan bahawa harga gula di Malaysia masih lebih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

"(Dan) kenaikan harga gula sebagai langkah untuk hidup sihat supaya rakyat kurang mengambil gula," tambahnya.