Assalamualaikum dan salam perjuangan....
2/7/2011 Teluk Kumbar,
Dataran Pas Teluk Kumbar telah dikepung oleh pihak Polis dengan kekuatan anggota yg begitu ramai untuk menghalangkan ceramah yg bakal dihadiri oleh YB Salahuddin Ayob,YB Yusmadi dan Ust Yusni Mat Piah
Kejadian tersebut bermula selepas solat maghrib yang diimamkan oleh Kapten Azizul (Pengarah Pilihanraya DUN N38), pihak polis telah tiba dengan dgn keanggotaan yg begitu ramai sekali beserta dgn beberapa biji patrol car,Van black maria, Truck, Bas. Pihak Polis terus memasuki kawasan ceramah yang tanpa berpagar dan meletakkan kenderaan mereka dihadapan Markas dan tepi jln.Selain drp itu Pihak Polis Juga mengadakan beberapa sekatan jln raya dan menenutup beberapa batang jlnraya sekitar Bandar Baru Perda.
Namun pertugas pas mengambil langkah berjaga jaga dan menunggu arahan seterusnya. Setelah perbincangan dibuat dengan pihak Polis gagal, Pas Kaw telah mengambil keputusan mengubah tempat ceramah ke Balik Palau. Alhamdulillah ceramah telah berjalan dgn lancar tanpa sebarang gangguan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Pertugas2 terutamanya kepada Ahli ahli Unit Amal dari cawangan Kg Matahari Naik dan Kaw Balik Pulau kerana memiliki kekuatan mental bagi mempertahankan Markas dan tidak berganjak walaupun seinci dari Dataran Pas Teluk Kumbar walaupun berhadapan dgn perang psikologi dengan pihak Polis yang berada dikawasan Dataran Pas Teluk Kumbar sehingga pukul 11.30mlm.
Alhamdulillah kerana tiada sebarang provokasi yg tidak dingini berlaku semalam.
Tahniah semua!...Takbirrrrr ....Allahuakhbarrrr.......