- Hak-hak ahli ialah : 
- Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti.
 - Setiap ahli PAS berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS serta Aturan dan Peraturannya.
 - Setiap ahli PAS berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti.
 - Setiap ahli PAS berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti.
 - Setiap ahli PAS berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian.
 
 - Kewajipan-kewajipan ahli :
- Menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa.
 - Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus.
 - Menghadiri mana-mana kursus-kursus, tamrin-tamrin atau perhimpunan-perhimpunan parti sebagaimana yang ditetapkan dan diarahkan.
 - Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam.
 - Memperkuatkan kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam atau di luar negeri.
 - Pada ‘amnya melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.
 
 - Setiap ahli PAS berhak memohon berpindah Kawasan PAS dan berkewajipan untuk mengemukakan satu permohonan bertulis untuk berpindah Kawasan dengan keterangan-keterangan yang perlu kepada Setiausaha Agung yang hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat dengan seberapa segera yang boleh bagi menimbangkan permohonan yang berkenaan itu.
 - Setiap ahli PAS yang berdaftar terus ke Pejabat Agung juga berhak memohon menjadi ahli sesebuah kawasan PAS dengan memohon mengikut kaedah yang sama yang disebutkan dalam ceraian (3)(a) Fasal ini.
 - Setiap ahli PAS yang berpindah Kawasan itu tidak berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kawasan barunya melainkan setelah mendapat akuan kelulusan berpindah Kawasan dari Setiausaha Agung.
 
HAK DAN KEWAJIPAN AHLI
Subscribe to:
Comments (Atom)