Saturday, June 25, 2011

                                         

Road Show Taklimat JABATAN AMAL P.PINANG

Tarikh : 26/6/2011
Masa : 9.30mlm
Lokasi : PASTI Darul Ulum Teluk Kumbar

Semua Ahli Kawasan dan Caw WAJIB Hadir.


flyer-bersih-9-julai.jpg POSTER
Ceramah Pelancaran HIMPUNAN BERSIH 2.0 peringkat negeri Pulau Pinang.

Lokasi: Dataran PAS Teluk Kumbar
Tarikh: 2/7/2011
Masa: 9.30mlm
Penceramah:

Salahuddin Ayub
YB Salahuddin Ayob
(Naib Presiden PAS)


Fail:P053-BALIKPULAU.jpg
YB Yusmadi Yusof
(MP Balik Pulau)















Ust Yusni Mat Piah
(Ketua Dewan Pemuda PAS P.Pinang)


Semua di jemput hadir....

Wednesday, June 22, 2011

UPU PAS Teluk Kumbar

Assalamualaikum...
Allhamdulillah dengan semangat, komitmen dan keyakinan yang begitu tinggi utk merialisasikan kemenangan Parti PAS didlm PRU ke 13 di DUN N38 Bayan Lepas maka dengan itu UPU PAS Teluk Kumbar telah dilancarkan oleh Pengarah MTD DUN N38 BAYAN LEPAS.

Komitmen kehadiran Ahli ahli PAS ke mesyuarat UPU amat menggalakkan dan di minta semua ahli PAS di sekitar Teluk Kumbar semoga dapat meneruskan dan meningkatkan lagi komitmen yg sedia ada sehingga menjelang PRU13 nanti.

Dan tidak lupa juga PAS Caw Kg Matahari naik mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Timbalan PAS Kg Matahari Naik (En Azrul - AMBA Segar) membenarkan Pejabat beliau untuk dijadikan bilik operasi UPU PAS Teluk Kumbar.

UPU PAS Teluk Kumbar amat mengalu-alukan sumbangan wang ringgit,idea,tenaga kerja,moral dari semua ahli PAS dan penyokong dari peringkat caw dan kawasan untuk melancarkan lagi gerak kerja UPU PAS Teluk Kumbar.

Sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun BIMB :07034024391523 Azrul  (Bendahari UPU)

Bertekad Mencapai Kemenangan...Takbirrrr

Yusman
Setiausaha
UPU PAS Teluk Kumbar.
DUN N38

Tuesday, May 24, 2011

 Kuliah Maghrib
 Ust Mat Taliban  
 25/5/2011
 Pasti Darul Ulum Tlk Kumbar

Semua ahli dijemput hadir   
    

Friday, May 20, 2011

Selamat Hari Guru

       PASTI DARUL ULUM JLN KG MASJID TELUK KUMBAR P.PINANG
                                              


Selamat Hari Guru!...Pasti Darul Ulum jln Kg Masjid Teluk Kumbar tidak melepaskan peluang untuk meraikan Hari Guru ...Suasana menjadi amat meriah apabila seramai 46 orang murid2 Pasti yg berusia 4,5, dan 6 tahun mengucapkan Selamat Hari Guru disertai dgn Doa.

Tn Haji Amin selaku Pengerusi Pasti Darul Ulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Aisyah Bee dan Cikgu Nahdatul Shakira kerana begitu komited terhadap tugas yang diamanahkan dan sabar menghadapi pelbagai rintangan demi mendidik anak anak di Pasti. 
Bersempena dengan Hari Guru pihak pengurusan Pasti telah menyampaikan Cenderhati kepada kedua-dua guru tersebut dan membuat satu lagi kejutan apabila Sdr Azrul dr Syarikat AMBA Segar akan memberi sumbangan wang tunai sebanyak  RM50 sebulan kepada kedua dua guru tersebut.

Cikgu Aisyah dan Cikgu Nahdatul Syakira terasa amat terharu apabila menerima hadiah dan sumbangan RM50 dan mengucapkan syukur kepada Allah Swt dan berterima kasih kpd Pihak pengurusan Pasti Darul Ulum kerana mengadakan majlis yg istimewa ini.



Kek dgn Ucapan "Selamat Hari Guru " 

Kek dgn Ucapan "Selamat Hari Guru"  


Murid2 Pasti tidak sabar2 utk menikmati juadah




 








Wednesday, May 18, 2011

Program Sebulan Sekampit Beras

Alhamdulillah ....program Sebulan Sekampit Beras telah masuk tahun ke 2. Program ini telah dikelolakan  dibawah Lajnah Kebajikan Pas Caw Kg Matahari Naik yg diketuai oleh Tn hj Muksin ( Uban) dan rakan2 yang lain.
Objektif  yg pertama program yg murni ini ialah untuk membantu mengurangkan beban fakir miskin disekitar Tlk Kumbar. Fakir miskin terdiri drp Ibu Tunggal, Orang tua tua, Orang yg berpendapatan yg amat rendah, orang yg sakit dan menghadapi masalah keewangan yg serius.
Objektif  yg kedua program yg murni ini ialah untuk mengeratkan silatulrahhim, memperkenalkan dan mendekati PAS dikalangan masyarakat setempat
Objektif  yg ketiga program yg murni ini untuk merialisasikan slogan "Negara Yg Berkebajikan"

Dengan sumbangan ikhlas drp orang ramai dapatlah sumbangan diberikan kepada seramai 40 biji buah rumah  pada setiap bulan. Maklum balas drp penerima sumbangan, mereka  melahirkan syukur kepad Alllah SWT dan berterima kasih kepada PAS Caw Kg Matahari Naik kerana sebelum ini mereka tidak pernah menerima bantuan atau sumbangan berterusan yang sedemikian.

Oleh yang demikian sumbangan ikhlas drp orang ramai masih di perlukan untuk meneruskan kesinambungan program tersebut. Sumbangan iklas boleh disalurkan kepada Tn Hj Muksin ( 016 4120994 - Ketua Lajnah Kebajikan) dan Tn hj Amin (012 5891196- Ketua Caw Kg Matahari Naik)

Pihak PAS Caw Kg Matahari Naik mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penyelaras DUN Bayan Lepas iaitu Cikgu Asnah kerana sudi bersama sama Pas Caw Khg Matahari naik  meluangkan masa dan tenaga memasuki ceruk ceruk kampung di sekitar Tlk kumbar untuk menyampaikan sumbangan beras.



                          Ibu tunggal anak 3 terpaksa meninggalkan anak anak kecil bersedirian dirumah  kerana bertugas shift malam di salah sebuah kilang di Bayan Baru.


                          Bersama ibu tunggal yang baru kematian suami


                      Menziarahi salah seorang warga emas yg lumpuh dan mengharap simpati untuk meneruskan kehidupan


                        Bertanya khabar nenek warga emas yang tinggal bersendirian


                    Kegembiraan terpancar di wajah setelah menerima sekampit beras drp Cikgu Asnah

             Pemimpin berjiwa rakyat sanggup meredah kampung untuk menyampaikan sumbangan


                    Meninjau keaadan dalam rumah yang agak usang  untuk diberi bantuan sewajarnya


                Salah satu rumah penerima sumbangan yang agak usang dan kurang selamat