Friday, May 20, 2011

Selamat Hari Guru

       PASTI DARUL ULUM JLN KG MASJID TELUK KUMBAR P.PINANG
                                              


Selamat Hari Guru!...Pasti Darul Ulum jln Kg Masjid Teluk Kumbar tidak melepaskan peluang untuk meraikan Hari Guru ...Suasana menjadi amat meriah apabila seramai 46 orang murid2 Pasti yg berusia 4,5, dan 6 tahun mengucapkan Selamat Hari Guru disertai dgn Doa.

Tn Haji Amin selaku Pengerusi Pasti Darul Ulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Aisyah Bee dan Cikgu Nahdatul Shakira kerana begitu komited terhadap tugas yang diamanahkan dan sabar menghadapi pelbagai rintangan demi mendidik anak anak di Pasti. 
Bersempena dengan Hari Guru pihak pengurusan Pasti telah menyampaikan Cenderhati kepada kedua-dua guru tersebut dan membuat satu lagi kejutan apabila Sdr Azrul dr Syarikat AMBA Segar akan memberi sumbangan wang tunai sebanyak  RM50 sebulan kepada kedua dua guru tersebut.

Cikgu Aisyah dan Cikgu Nahdatul Syakira terasa amat terharu apabila menerima hadiah dan sumbangan RM50 dan mengucapkan syukur kepada Allah Swt dan berterima kasih kpd Pihak pengurusan Pasti Darul Ulum kerana mengadakan majlis yg istimewa ini.



Kek dgn Ucapan "Selamat Hari Guru " 

Kek dgn Ucapan "Selamat Hari Guru"  


Murid2 Pasti tidak sabar2 utk menikmati juadah