Wednesday, May 18, 2011

Program Sebulan Sekampit Beras

Alhamdulillah ....program Sebulan Sekampit Beras telah masuk tahun ke 2. Program ini telah dikelolakan  dibawah Lajnah Kebajikan Pas Caw Kg Matahari Naik yg diketuai oleh Tn hj Muksin ( Uban) dan rakan2 yang lain.
Objektif  yg pertama program yg murni ini ialah untuk membantu mengurangkan beban fakir miskin disekitar Tlk Kumbar. Fakir miskin terdiri drp Ibu Tunggal, Orang tua tua, Orang yg berpendapatan yg amat rendah, orang yg sakit dan menghadapi masalah keewangan yg serius.
Objektif  yg kedua program yg murni ini ialah untuk mengeratkan silatulrahhim, memperkenalkan dan mendekati PAS dikalangan masyarakat setempat
Objektif  yg ketiga program yg murni ini untuk merialisasikan slogan "Negara Yg Berkebajikan"

Dengan sumbangan ikhlas drp orang ramai dapatlah sumbangan diberikan kepada seramai 40 biji buah rumah  pada setiap bulan. Maklum balas drp penerima sumbangan, mereka  melahirkan syukur kepad Alllah SWT dan berterima kasih kepada PAS Caw Kg Matahari Naik kerana sebelum ini mereka tidak pernah menerima bantuan atau sumbangan berterusan yang sedemikian.

Oleh yang demikian sumbangan ikhlas drp orang ramai masih di perlukan untuk meneruskan kesinambungan program tersebut. Sumbangan iklas boleh disalurkan kepada Tn Hj Muksin ( 016 4120994 - Ketua Lajnah Kebajikan) dan Tn hj Amin (012 5891196- Ketua Caw Kg Matahari Naik)

Pihak PAS Caw Kg Matahari Naik mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penyelaras DUN Bayan Lepas iaitu Cikgu Asnah kerana sudi bersama sama Pas Caw Khg Matahari naik  meluangkan masa dan tenaga memasuki ceruk ceruk kampung di sekitar Tlk kumbar untuk menyampaikan sumbangan beras.



                          Ibu tunggal anak 3 terpaksa meninggalkan anak anak kecil bersedirian dirumah  kerana bertugas shift malam di salah sebuah kilang di Bayan Baru.


                          Bersama ibu tunggal yang baru kematian suami


                      Menziarahi salah seorang warga emas yg lumpuh dan mengharap simpati untuk meneruskan kehidupan


                        Bertanya khabar nenek warga emas yang tinggal bersendirian


                    Kegembiraan terpancar di wajah setelah menerima sekampit beras drp Cikgu Asnah

             Pemimpin berjiwa rakyat sanggup meredah kampung untuk menyampaikan sumbangan


                    Meninjau keaadan dalam rumah yang agak usang  untuk diberi bantuan sewajarnya


                Salah satu rumah penerima sumbangan yang agak usang dan kurang selamat